Artikel ini dikongsi lebih dari 1000 di Page FB Faisal Malik Coach dan blog www.faisalmalikcoach.com
Pertama-tamanya izinkan Coach ucapkan tahniah kepada anda sekalian diatas usaha untuk keluar dari belenggu hutang kad kredit yang menghantui keharmonian hidup anda!
Bukan lagi rahsia yang sebelum kita mula melabur dan membina kekayaan untuk kita dan keluarga, kita semestinya perlu memusnahkan kad kredit kerana berbanding yang lain, ianya merupakan hutang yang paling mahal; setiap Faedah yang dikenakan kepada anda hampir mustahil untuk dapatkannya melalui pelaburan lain! diantara 16 – 21% termasuk penalti… kecuali kredit kad hanya sebagai mudahcara bagi anda.
Bukan hanya RM50,000. RM100,000. RM200,000. RM300,000 malah ada yang sangkut hampir RM500,000 hutang kad kredit yang pernah Coach kaunseling! Hampir separuh dari jumlah wang EPF yang dimiliki oleh penghutang tadi.
Apakah Itu proses “Credit Card Debt Settlement” Rundingan Pengurangan Hutang Kad Kredit? dan kenapa dalam KEBANYAKAN keadaan, pihak Bank tidak bersetuju dengan CCDS! Harus diingat bahawa…
- Bank ialah entiti perniagaan. Objektif utama ialah keuntungan melalui FAEDAH
- Selagi anda tunjukkan kemampuan anda untuk membuat pembayaran balik hutang kredit kad tersebut, walaupun hutang RM1 juta! Bank tetap akan senyum… Mungkin anda perlu tunjukkan sedikit kelewatan atau kesukaran jika ingin berunding J
- Sebaliknya, sekiranya pihak bank tahu yang anda mengalami kesukaran membuat pembayaran balik; berkemungkinan besar mereka akan mengahalang anda membuat perbelajaan tambahan, hadkan terus penggunaan kredit kad tersebut dsbnya. Kenapa?
# Mereka tidak mahu mengambil risiko ‘charge off’ sebagai hutang lapuk didalam akaun mereka.
# Mereka tidak mahu Kenaikan Gaji / Bonus mereka terjejas.
# Dividen kepada Pemegang Saham Bank terjejas dll
# Jika anda bankrap, mereke terpaksa jawab diatas hutang yang gagal dikutip!
# Anda susah; Bank pun Susah…. Jadi Jom Runding
PERINGATAN: Sebelum berunding, jangan tunjukkan yang anda terlebih mampu, tunjukkan anda berada dalam sedikit masalah kekangan cth: bakal diberhentikan, kontrak bakal tamat, bisnes tak berapa bagus, jualan merudum dsbnya.
Cara Lazim PENSTRUKTURAN Bayaran semula
- Bayaran Tunai Penuh (Lump Sum)
Kecuali anda mendapat Jack-Pot atau Durian D24 yang runtuh, maka cara ini sesuai; sekiranya hanya mendapat bayaran dari projek kontrak anda duit EPF, Coach nasihatkan dapatkan nasihat pakar-pakar kewangan terlebih dahulu! Walaupun membayar hutang itu penting…lebih penting dari itu ialah “Pengurusan Aliran Tunai” (Cash Flow). Kita tidak mahu anda kembali ke hutang kad kredit setelah kehabisan Tunai ataupun kantung cash diakaun bank menyusut teruk, dahlah dah tak bekerja (55 tahun keatas).
Barangkali juga boleh mohon bayaran berkala, cth 5 kali bayar.
- Bayaran Ansuran mengikut % Pendapatan dan Perbelanjaan
Anda boleh sacara proaktif siapkan senarai pendapatan dan perbelanjaan besar (komitmen bulanan) kepada pihak bank untuk pertimbangan mereka. Mohon mereka membuat pentrukturan semula bayaran dengan memindahkan status pinjaman peribadi untuk kadar faedah yang lebih rendah diantara 7-9% berbanding faedah kad kredit diantara 16-21%.
- Bekukan Sementara (Temporary Forbearance Agreemen)
Walaupun cara ini kurang mendapat perhatian diMalaysia, namun anda boleh cuba nasib dengan memohon pilihan-pilihan sebegini. Persis pinjaman pelajaran. Pinjaman hanya akan dibayar beberapa bulan akan akan, atau selepas setahun setelah anda mendapat pampasan persaraan, pemberhentian pekerjaan atau mendapat bayaran tertentu. Pinjaman akan dibekukan, faedah akan bertukar kepada pelan yang lebih rendah, kad kredit tidak lagi dapat digunakan sementara anda menunggu mendapatkan DANA dari mana-mana sumber.
PERINGATAN: Semestinya sebaik proses Penstrukturan lulus dan berkuat kuasa, status KREDIT SKOR anda akan terjejas selagi mana pelan penstrukturan berjalan sehingga pembayaran hutang selesai. Anda boleh nilai sendiri kadar keperluan mana yang lebih utama mengikut kadar hutang masing-masing. Kadar Faedah yang menggunung tinggi sehingga RM700-Rm1500 sebulan ataupun Skor yang penting pada masa tersebut. RM800 sebulan bermakna RM9,000 setahun, bermakna FREE MyVI pada tahun ke-5!
TIPS RUNDINGAN Pengurangan Baki
Ambil perhatian bahawa kita berunding dengan manusia, bukan mesen tapi apa jua keputusan! Saya percaya masih ada ruang untuk rundingan…
1- Mula kumpul segala tawaran kad kredit(jangan guna), pilih yang menyediakan tawaran SIFAR faedah pindahan atau apa jua tawaran diskaun faedah jangka pendek.
2- Kumpul dan susun semua kad kredit yang anda miliki; samada dari jumlah yang paling besar atau paling kecil, kemudian ambil keputusan mana satu yang anda ingin lupuskan. Cth A RM3k, B RM9k, C RM25k, D RM31k
3- Cuba selesaikan bayaran minima dan elakkan akaun anda dirujuk kepada pihak ke-3 (collector), pada tahap ini elakkan terlebih dahulu yang anda akan kehilangan pekerjaan dan bakal mendapat pampasan untuk mengelak dari mendapat perhatian dari mereka (eye on your pocket).
4- Sekiranya telah dirujuk kepada pihak ke-3 (collector), ruang rundingan untuk mendapatkan diskaun faedah agak tipis kerana PInjaman Hutang anda telah dijual kepada pihak tersebut dalam kadar diskaun tertentu. Tetapi sebagai panduan, anda boleh mohon diskaun potongan 20-30% dari setiap Ringgit Hutang yang tertunggak! Dengan syarat bayaran sekali gus selalunya…
5- Mulakan Rundingan; Seeloknya mulakan dengan menelefon dapatkan pegawai yang berkenaan…
~ Lakukan rayuan bertulis permohonan cadangan anda.
~ Minta Hapuskan Fee Tahunan (annual fees)
~ Minta turunkan kadar faedah
~ Jika ditolak, mohon untuk bercakap terus dengan pagawai atasan, lakukan dengan lembut tapi tegas, anda bukan berkasar Cuma kita tahu yang pegawai pertama mungkin tiada kuasa untuk menetap apa jua keputusan cadangan.
~Sekiranya ditolak juga, anda boleh lakukan pertukaran kepada pengeluar kredit kad yang menawarkan pakaej yang jauh lebih baik(yang awal-awal anda kumpulkan).
6- JANGAN sekali-kali ambil perkataan DITOLAK sebagai keputusan Muktamad! Senantiasa mohon untuk minta berunding dengan pegawai atasan. Jangan nampakkan anda ni lemah dan hanya bersetuju dengan keputusan pertama yang dibuat mereka.
7- Sekiranya Serious! Anda boleh memohon bantuan dari AKPK untuk membantu khidmat nasihat kaunseling kewangan dan nasihat lanjutan.
8- SABAR! Proses rundingan sememangnya mengambil masa yang lama, ada kalanya mengambil masa berbulan-bulan.
9- Yang lebih penting; Jangan sesekali dedahkan maklumat bank anda, terutamanya bank gaji anda, sesetangah (collector) memerhati bank akaun anda dan jangan terkejut sekiranya mereka SEDUT lebih banyak melebihi jumlah potongan yang dipersetujui, boleh tangkap leleh tambahan sekiranya ia dari akaun gaji anda. Sesetengah akan buat-buat terlebih potong akaun anda tersebut, ia Berlaku!
SELAMAT MENCUBA ya…
Kongsikan Sekiranya Bermanfaat.
# Follow Page Kami Juga Pelbagai Tips Kewangan Terkini —–> FB Faisal Malik Coach
# Profile Coach FM —-> Profile Coach Faisal