Jumaat, 1 Mei 2026

Teknik Bebas Hutang Jahat


 

OPR dan harga barang mungkin berubah bila ekonomi dunia goyang. Sesiapa yang ada 'hutang jahat' (kad kredit/personal loan), tolong dengar pesanan Lia ni.

Bila tengok berita peperangan di Timur Tengah, jangan ingat ia tak ada kaitan dengan kita. Kesan rantaiannya lambat-laun akan sampai ke dompet kita.
Bila rantaian bekalan terjejas, inflasi boleh naik mendadak. Dan bila inflasi naik, bank pusat mungkin terpaksa kaji semula OPR. Siapa yang paling 'sakit' dan sesak nafas waktu ni? Mereka yang sarat dengan komitmen dan 'hutang jahat’
Kalau korang ada hutang kad kredit atau personal loan yang tak habis-habis, tolong buat 3 langkah kecemasan ni sekarang:
#No1. Stop Tambah 'Lubang' Baru (Freeze Kad Kredit):
Tolonglah, selagi krisis dunia belum reda, simpan kad kredit korang dalam laci. Berhenti swipe untuk benda yang bukan keperluan asas. Kadar faedah kad kredit tu mencecah 15% hingga 18% setahun! Kalau ekonomi makin gawat, beban interest ni yang akan 'mencekik' cashflow bulanan keluarga korang.
#No2. Fokus 'Cantas' Hutang Paling Kecil / Paling Mahal:
Senaraikan semua hutang jahat korang. Guna lebihan gaji bulan ni (atau bonus kalau ada) untuk langsai hutang yang baki paling sikit dulu (Teknik Snowball), atau yang interest paling tinggi. Biar kita ikat perut sikit sekarang, asalkan minda tenang bila keadaan ekonomi makin mencabar nanti.
#No3. Teknik 'Ar-Rahnu' (Pajak Emas) Jika Terdesak:
Macam mana kalau tiba-tiba terdesak perlukan duit? Contoh: kereta rosak teruk atau kecemasan perubatan. JANGAN BUAT PERSONAL LOAN BARU! Inilah rahsia orang yang simpan emas. Mereka akan bawa emas fizikal mereka ke Ar-Rahnu (Pajak Gadai Islam). Korang akan dapat cash segera untuk pusingan modal atau kecemasan, tanpa tambah rekod hutang dengan bank. Bila ekonomi korang dah stabil sikit, bayar balik sikit-sikit dan tebus semula emas tu. Duit kecemasan dapat, emas pun tak hilang!
Kawan-kawan yang dirahmati Allah,
Hutang adalah 'pencuri' ketenangan jiwa. Jangan biarkan ia merompak kebahagiaan keluarga anda di kala dunia sedang bergolak.
Semoga hidup bebas dari cengkaman hutang,
Fikiran tenang & rezeki pun datang bertandang.
Sila #share posting ni di wall korang sebab mungkin ada kawan kita yang tengah buntu macam mana nak hadapi komitmen bulanan waktu krisis ni.
Boleh Follow & set Favourites profil Lia supaya tak terlepas ilmu 'survival' kewangan yang lebih padu esok.