Jumaat, 1 Mei 2026

Jaga "Cash Flow" Cari Duit Tambahan

 JOM FORTIFY POKET KITA

Dunia sekarang dah tak betul stesen dah.
Weng semacam!
Silap hari, harga minyak dunia memang boleh naik mencanak.
Kita mungkin boleh utilize Budi 95,
tapi ingat,
some biz people mereka guna banyak diesel untuk logistik.
Diesel mahal bohh!!
So mungkin boleh affect inflasi tahun ni!
So apa kita nak buat?
.
First, take full control of your budget


Kita memang tak boleh control harga minyak global,
tapi kita boleh control poket sendiri.
Bertenang.
Baca post ni sampai habis.
Jom kita 'rebuild' bajet kita bermula hari ni.
.
Jom Kita Ubah Gaya Hidup,
Stop Buat Hutang Baru.
Sekarang bukan masanya untuk berbelanja sakan.
6 bulan ni ialah persediaan kita untuk survive kalau perang ni berlanjutan.
Paling penting,
fokus tutup pintu lubang hutang pengguna.
Berhenti hutang baru
Jangan gatal tangan nak buat hutang kereta baru,
hutang kad kredit,
hutang peribadi,
atau pinjam duit dengan keluarga.
Ingat, kalau tak mampu beli secara tunai, jangan beli.
Anda belum mampu sepenuhnya tu!
.
Settle hutang lama
Gunalah teknik Baby Steps 2 Dave Ramsey.
Selesaikan hutang paling kecil dulu (snowball method).
Bila hutang dah kurang,
stress pun akan berkurangan.
Abe dah buat teknik ni sejak September 2023.
Alhamdulillah, I managed to clear hutang more than 500 ribu in 2 years.
.
Stop membazir
6 bulan ni,
ikat perut sikit.
Barang yang tak perlu,
jangan beli.
Control nafsu tu please.
Daripada membazir,
baik tingkatkan rizab kecemasan.
.
Simpan Liquid Assets:
Fokus kumpul tunai atau aset yang mudah dicairkan.
Macam emas fizikal dan dana unit amanah yang ada banyak saham fokus kat AI.
Sekarang bukan masanya untuk buat hutang baru demi beli aset yang susah nak jual balik.
Ingat, liquid assets are the KINGS!
.
Jaga "Cash Flow"
Cari Duit Tambahan
Jangan sekadar berjimat je,
kalau boleh carilah jalan untuk jana pendapatan sampingan Side Hustle.
Lepas raya ni eloklah cari kerja sampingan.
Tak kiralah apa pun,
janji halal dan boleh tambah pendapatan.
Gunakan duit side income ni 100% untuk bina rizab kecemasan dan langsaikan hutang pengguna secepat mungkin.
Bila hutang dah takde,
nak tidur pun lena.
.
Alang-alang tu jom kita belajar cara nak selamatkan poket kita sikit.
Abe nak belanja sedikit Tips Jimat Minyak & Tenaga
Kalau masih pakai kereta enjin petrol, diesel, atau hybrid:
Amalkan pemanduan berhemah
Jangan suka memecut mengejut.
Jangan bawak laju sangat sebab wind resistance kat high speed akan buat enjin kerja terlebih keras.
Pastikan tekanan tayar sentiasa cukup sebab rolling resistance yang tinggi ialah punca pembaziran minyak.
Kalau boleh pastikan bonet kereta kosong dari barang yang tak perlu.
Dan paling best,
kurangkan berat badan korang tu.
Lagi berat kereta dan penumpang,
lagi kuat makan minyak!
.
Langkah jangka panjang:
Masanya Tuk Pasang Solar & pakai EV
Kalau bajet mengizinkan,
solar panel atau EV second-hand adalah pelaburan bijak untuk jangka masa panjang.
Trade in kereta diesel anda dengan EV.
Kalau boleh beli cash selepas trade in.
Lagi elok kalau boleh pasang solar panel kalau rumah tu landed.
Kalau boleh jangan buat installment.
.
Jimatkan Letrik:
Tutup suis tak guna,
servis aircond selalu,
dan tukar semua lampu ke LED.
Bila tidur jangan letak temperature aircond rendah sangat.
Peti sejuk pun sama.
Also jangan lama sangat mandi air panas kalau takde solar panel.
.
Jangan panik,
sebab tiap-tiap tahun ada je perang.
Tapi kita kenalah realistik sikit.
Masa depan kita,
kita yang tentukan.
Fokus pada apa yang kita boleh kawal, iaitu perbelanjaan dan disiplin kewangan kita sendiri.
Kita tak boleh control perang.
Tapi kita pernah hadapi masalah perang camni masa Rusia serang Ukraine 4 tahun yang lepas.
Kerjalah keras sikit lepas raya ni,
supaya kita lebih tenang di kemudian hari.
Semoga post ni bermanfaat.
Until Then, Happy Taking Charge of Your Personal Finance Lillahi Taala❗️