KOMPAS JUTAWAN TENANG
Malam ni Abe nak kongsikan 9 panduan penting untuk sahabat yang sedang serabut dan perit bekerja keras setiap hari,
seolah-olah menjadi hamba abdi semata-mata untuk membayar hutang untuk memenuhi tuntutan gaya hidup.
Penulisan ini juga merupakan pesanan mahal buat anak muda yang rekod kewangannya masih bersih.
Baca dan hadamkan supaya adik-adik membesar menjadi jutawan yang dermawan dan tenang jiwanya.
Bukan sekadar kaya harta,
tetapi hati lapang dan hidup sentiasa diberkati.
Penulisan ini agak panjang,
tetapi sangat berbaloi untuk masa depan anda.
Dah sedia? Roll the camera, action, zass!
.
Kompas Pertama: Bina Semula Benteng Pertahanan

Simpan RM1,000 Pertama
Langkah pertama ini nampak kecil, 
tetapi impaknya sangat besar.
Simpan RM1,000 sebagai rizab kecemasan paling asas.
Tujuannya mudah;
bila tayar kereta pancit,
anak demam,
atau motor meragam,
kita tidak kalut mencari kad kredit.
Kita mahu matikan tabiat selesaikan masalah dengan mencipta hutang baharu.
.
Senaraikan dan selesaikan semua hutang pengguna bermula dari baki yang paling kecil kepada yang paling besar. 
Kecualikan hutang rumah.
Langsaikan hutang pengguna dahulu.
Hutang pengguna ialah semua hutang dan ansuran kecuali ansuran rumah.
Kenapa cara ini berkesan? 
Kerana masalah hutang ini adalah soal emosi dan disiplin,
bukan sekadar formula matematik.
Setiap kali satu hutang kecil selesai dilangsaikan,
semangat dan momentum untuk bayar hutang seterusnya akan meningkat naik.
.
Dana Kecemasan Penuh (3 Hingga 6 Bulan)
Inilah benteng pertahanan sebenar kewangan anda.
Simpan tunai yang cukup untuk menampung 3 hingga 6 bulan kos sara hidup.
Bila wujudnya dana ini,
kita tidak akan lagi berdepan dengan zaman krisis tertunggu-tunggu gaji masuk semata-mata untuk bayar komitmen.
Kali ini kita lebih bersedia, tenang, dan tidak panik.
.
Kompas Keempat: Menyerang dan Buat Duit Bekerja
Pemilikan Rumah Pertama & Tabung Pergi Haji
Jika anda anak muda yang belum diikat hutang, fokuslah untuk memiliki rumah kediaman pertama.
Belajarlah melabur sementara masih menyewa.
Kos kediaman (sewa atau ansuran) tidak patut melebihi 25% daripada pendapatan bersih isi rumah.
Jika sewa sekarang sekitar 15%, disiplinkan diri menyimpan baki 10% itu untuk deposit rumah.
Beli rumah ini ibarat larian maraton.
Jangan cepat cemburu melihat kawan sebaya beli rumah awal.
Simpan dana deposit itu di dalam instrumen mudah cair.
Antaranya emas fizikal (kerana sifatnya yang buat kita fikir dua kali untuk jual) atau dana unit amanah yang melabur dalam ekuiti patuh syariah global, seperti syarikat teknologi di US.
Buat potongan automatik setiap bulan sampai cukup 25% dari harga rumah sasaran.
Nak rumah murah?
Cari hartanah subsale atau lelong.
Jangan mudah termakan propaganda pemaju yang mengatakan harga rumah sentiasa naik.
Abe sendiri sudah beli 14 buah rumah, dan realitinya dalam 10 tahun kebelakangan ini banyak sahaja harga rumah yang statik malah jatuh nilainya.
Rumah siap tak terjual masih lambak di luar sana.
.
Kompas Kelima: Pergi Haji
Namun, selain rumah, simpanan Haji sebanyak RM35,000 adalah jauh lebih penting. 
Tujuan kita hidup bukan sekadar untuk berehat di dunia,
tetapi sebagai persediaan ke akhirat.
Jangan jadi macam Abe masa muda dahulu.
Gila mengejar kemewahan duit dan kumpul hutang keliling pinggang.
Bila umur menghampiri siri 50-an baru terhegeh-hegeh mahu fokus tentang haji.
Pergi umrah dahulu sebagai permulaan, ia satu perjalanan yang cukup mendamaikan.
Guna instrumen simpanan yang sah dan elakkan sama sekali skim cepat kaya atau main forex.
Biar lambat, asalkan berkat.
.
Kompas Keenam: Labur Untuk Freedom
Days
Pecutan Ke Arah Kebebasan
Apabila asas di atas sudah kukuh, jalankan ketiga-tiga kompas ini secara serentak:
1. Labur 15% Untuk Hari Persaraan
Asingkan 15% daripada pendapatan bersih setiap bulan dan labur secara konsisten.
Fokus pada instrumen patuh syariah pasaran luar negara (seperti pasaran Nasdaq) dan emas fizikal sebagai pelindung nilai.
Ingat pantang larang ini:
Jangan sesekali berhutang untuk tujuan melabur.
.
Kompas Ketujuh: Sediakan Dana Pendidikan Anak
Kita perlu pastikan generasi kita bermula dengan harapan,
bukan bebanan.
Sediakan tabung pendidikan awal-awal.
Elakkan mereka bermula hidup dengan menanggung hutang kenderaan.
Kita ajar mereka untuk hidup bebas hutang,
kumpul deposit yang besar dan bayar tunai atau langsaikan hutang dengan cepat.
.
Kompas Kelapan: Langsaikan Hutang Rumah
Selagi rumah masih ada hutang,
kita sebenarnya hanya menyewa dengan pihak bank.
Bayangkan apabila rumah sudah habis dibayar.
Secara automatik, 25% ke 40% pendapatan bulanan kita terbebas. 
Simpanan mencanak naik,
dan wang untuk bersedekah pun makin besar jumlahnya.
Waktu inilah ketenangan sebenar dirasai dalam hidup.
Bila pijak rumah kat laman pun dah rasa lain bila dah takde hutang dengan bank.
.
Kompas Kesembilan: Jadi Jutawan Yang Dermawan
Hidup dan Memberi Luar Biasa (Live Like No Others, Give Like No Others)
Kini, hutang pengguna sudah sifar,
dana kecemasan sudah penuh,
pelaburan berjalan sendiri dan jana pendapatan pasif,
dan anak-anak tidak terbeban dengan hutang.
Inilah fasa sebenar menjadi jutawan yang dermawan.
Kita sudah selesai membantu diri dan keluarga.
Kini tiba masa untuk menabur bakti kepada orang lain pula.
Kerana harta yang terbaik adalah harta yang kita bawa sebagai bekalan ke akhirat.
.
Abe dulu bergelut dengan banyak hutang pengguna.
Abe sekarang di Kompas Jutawan Keempat.
Abe dah berjaya kukuhkan kuda-kuda pertahanan Abe.
Now Abe rasa lebih tenang dan ceria.
Yang pastinya sahabat,
kehidupan tanpa hutang bukanlah satu perkara yang mustahil.
Ia cuma memerlukan fokus,
kesabaran yang tinggi,
dan disiplin dalam menundukkan nafsu.
InsyaAllah,
ketenangan yang dicari itu akan hadir seiring dengan keberkatan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua yang membaca.
Selamat pagi Isnin semua.
Until Then, Happy Becoming A Peaceful Millionaire Lillahi Taala!