Jumaat, 1 Mei 2026

KIYOSAKI VS. RAMSEY: JUTAWAN HUTANG VS. JUTAWAN TENANG


 

KIYOSAKI VS. RAMSEY: JUTAWAN HUTANG VS. JUTAWAN TENANG

Dua tahun lepas,
dunia kewangan gempar bila Robert Kiyosaki mengaku dia berhutang sebanyak 1.2 Billion US Dollar.
Itu kalau tukar duit kita, dekat 5 Billion Ringgit tau?
Bukan nilai harta, tapi NILAI HUTANG.
Dulu, 22 tahun lepas,
Abe pun "kipas susah mati" Kiyosaki ni.
Masa tu tengah semangat buat MLM Nu Skin.
Pantang nampak buku Rich Dad Poor Dad,
terus rasa macam nak conquer dunia.
Tapi harini, Abe dah berubah angin.
Kenapa?
Jom kita bedah dalam gaya santai Abe Nazz. Hari ni kita borak pasal kewangan peribadi pulak ya?
Kita roll camera, action, zass!
.
Zaman 'Good Debt' & Realiti Pahit
Dulu Abe terpengaruh dengan ajaran Retire Young, Retire Rich.
Mantra dia senang:
Guna duit bank (Other People's Money), buat hutang 'baik', beli aset,
lepas tu jadi kaya raya.
Sebab tu Abe tak pelik kenapa Kiyosaki berhutang berbillion.
Dia memang Raja Hutang.
Abe pun dulu terjun pelaburan hartanah sebab teruja dengan buku dia dan otai Azizi Ali.
Tapi realitinya,
sejak 10 tahun ni,
ramai yang melabur hartanah (terutama high-rise kat Lembah Klang) bukannya dapat untung,
tapi bleeding teruk!
Kadar sewa lagi rendah dari ansuran bank.
Akhirnya, yang "Menang Motor" dan kaya raya setiap bulan bukan pelabur, tapi BANK.
.
Tragedi 4 Juta Dollar
Meh kita kenali idola baru Abe:
Dave ni asalnya Real Estate Negotiator.
Dia main game flipping rumah.
Beli rumah busuk guna loan, baiki, jual.
Umur 26 tahun,
dia dah ada hutang 4 juta Dollar (nilai sekarang dekat 11 juta Dollar!).
.
Sekali satu hari,
bank dia kena beli dengan bank lain.
Banker baru ni tengok high gearing ratio Dave terus panik.
Bank minta Dave bayar balik semua hutang dalam masa singkat.
Domino hartanah dia tumbang satu-satu.
Cashflow hancur lebur.
Moralnya: Pinjaman perumahan tak terkawal boleh buat korang muflis sekelip mata!
.
Hamba Abdi Kepada Pemberi Hutang
Masa Dave muflis dan hilang kereta Jaguar kesayangan dia,
dia belajar satu ayat keramat:
"A debtor is a slave to the lender."
Maknaya, orang yang berhutang tu sebenarnya hamba abdi kepada bank.
Sejak tu dia bangkit tanpa sebarang hutang dan perkenalkan teknik 7 Baby Steps.
.
Apakah 7 steps doktrin Dave Ramsey?
• Step 1-3: Fokus pada pertahanan (Emergency fund & settle hutang selain rumah).
• Step 4-5: Melabur untuk masa depan & anak-anak.
• Step 6: Fokus gila-gila langsaikan hutang rumah!
• Step 7: Dah tak ada hutang? Masa ni lah nak go all out melabur.
Instrumen pilihan Dave?
Dana Unit Amanah yang berlandaskan S&P 500 (Pasaran USA) dan hartanah CASH.
.
Lawan Arus Cara Dave Ramsey
Kiyosaki kata:
"Rumah sendiri itu liabiliti!
Sewa je, pastu beli rumah pelaburan banyak-banyak guna loan."
Bank dengar ajaran ni terus sengih sampai ke telinga.
Dave Ramsey kata:
"Settlekan rumah sendiri dulu secepat mungkin."
Korang bayangkan kalau korang dah tak ada hutang kereta, personal loan, atau kad kredit...
korang mesti ada banyak gila lebihan cash kan?
Duit lebihan tu, korang peram dalam Unit Amanah yang power (macam dana fokus saham USA).
Cukup 5 tahun,
korang mungkin dah ada cash 300k ke 400k.
Masa tu, pergilah cari desperate seller yang nak jual rumah landed.
Beli secara TUNAI.
Dah tak payah bayar kos guaman pinjaman,
tak payah MRTA/MLTA,
dan yang penting: TAK ADA BLEEDING.
Penyewa tak bayar sewa pun korang boleh tidur lena sebab bank takkan kejar korang!
.
Penutup — Abe Reset Balik Hidup 3 Tahun Lepas
Jalan jadi jutawan ada dua:
1. Cara Kiyosaki:
Hutang sampai paras hidung.
Bangga ada hutang billion-billion padahal meniti atas titi yang sangat halus.
2. Cara Dave Ramsey:
Jadi jutawan tenang.
Tidur malam tak fikir pasal banker call.
Jujur cakap,
net worth Abe memanglah dah berjuta-juta hasil berhutang dengan bank sebelum ni.
Tapi Abe TAK TENANG.
Banyak sangat komitmen bank kena fikir.
.
Sebab tu sejak 3 tahun lepas,
Abe reset balik kewangan Abe.
Abe sekarang dah selesaikan Baby Step 2 dan 3 dengan fokus macam kijang kena kejar cheetah.
Daripada seorang yang ada banyak hutang pengguna sepertu kereta, kad kredit, personal financing (lebih 600 ribu);
Abe dah selesaikan dalam tempoh kurang 3 tahun.
Sekarang semua kereta Abe milik Abe sepenuhnya.
Tak payah nak fikir camne nak bayar ansuran setiap bulan.
Impian Abe,
umur 53 nanti (Abe 49 akhir bulan ni), Abe nak capai Baby Step 7.
Abe tak bangga dah ada hutang bank berjuta-juta Ringgit.
Sekarang Abe dah start nak lupuskan 8 hartanah pelaburan yang ada kat tangan.
Basically membazir duit je bela 8 rumah ni.
Abe hanya akan bangga bila dah jadi jutawan yang TENANG.
Semoga bermanfaat!
Until Then, Happy Becoming a Peaceful Millionaire Lillahi Taala❗️