Jumaat, 1 Mei 2026

HAPUSKAN HUTANG 3X LEBIH LAJU?


 

“NAK HAPUSKAN HUTANG 3X LEBIH LAJU? GUNA TEKNIK SNOWBALL NI”

Kalau korang ada 3 atau 4 hutang yang berbeza (Kad Kredit, SPayLater, Personal Loan, hutang kawan), korang boleh guna strategi ni: “TEKNIK SNOWBALL”.
Apa Benda Teknik Snowball Ni?
Bayangkan korang golekkan bola salji dari atas bukit. Mula-mula bola tu kecil je. Tapi bila makin lama digolek, ia makin membesar dan makin laju dan langgar apa je kat depan dia.
Macam tu jugak cara korang "langgar" hutang. Korang tak attack semua serentak. Korang langgar dan tutup dari hutang yang paling kecil!
CARA BUAT TEKNIK SNOWBALL (STEP-BY-STEP):
Katakan korang ada bajet lebihan RM200 sebulan untuk "settlekan" hutang. Jangan pecahkan RM200 tu untuk bayar lebih sikit-sikit dekat semua hutang tadi. Buat macam ni:
Langkah 1️⃣: Senaraikan Hutang (Dari Paling KECIL ke BESAR)
Abaikan interest rate (kadar faedah). Susun ikut baki hutang paling sikit.
• Hutang 1: SPayLater (Baki: RM500 | Bayaran bulanan: RM50)
• Hutang 2: Kad Kredit (Baki: RM3,000 | Bayaran Bulanan: RM150)
• Hutang 3: Personal Loan (Baki: RM15,000 Bayaran Bulanan: RM300)
Langkah 2️⃣: Jangan Ubah Bayaran Untuk Hutang Besar
Untuk Kad Kredit (Hutang 2) dan Personal Loan (Hutang 3), korang cuma bayar seperti biasa je (RM150 & RM300). Jangan bayar lebih.
Langkah 3️⃣: "Attack" Hutang Paling Kecil!
Fokuskan semua peluru (lebihan RM200 tadi) kepada SPayLater.
Bulan ni korang bayar: RM50 + RM200 (lebihan) = RM250.
Boom! Dalam masa 2 bulan je, SPayLater tadi dah LUNAS 100%!
Langkah 4️⃣: Golekkan Bola Salji (Roll Over)
Bila SPayLater dah habis, korang dah ada lebihan bajet RM250 (komitmen lama). Golekkan peluru ni dan pergi "langgar" Kad Kredit pulak!
Sekarang, bayaran Kad Kredit akan jadi: RM150 + RM250 (lebihan) = RM400 sebulan!
Bila Kad Kredit dah habis, golekkan semua peluru (RM400 + RM300) pergi bantai Personal Loan pulak. Makin lama, "bola salji" bayaran korang jadi makin besar!
KENAPA TEKNIK NI PENTING & BERKESAN?
Satu perkataan mudah. “PSIKOLOGI”.
✅ 1. Kesan "Dopamine" (Kemenangan Segera)
Manusia cepat give up kalau tak nampak hasil. Bila korang berjaya hapuskan 1 hutang kecil (macam SPayLater) dalam masa 2 bulan, dari segi psikologi, otak korang akan rembeskan Dopamine (hormon gembira). Korang akan rasa sangat bermotivasi nak tutup hutang seterusnya!
✅ 2. Kelegaan Cashflow (Aliran Tunai) Yang Cepat
Setiap kali satu hutang kecil ditutup, komitmen bulanan korang automatik berkurang. Kalau tiba-tiba korang tiada duit lebihan pada bulan ke-6, cashflow korang taklah sesak sangat sebab 2 hutang kecil dah pun ghaib.
✅ 3. Lebih Fokus
Lebih senang fokus pada 1 musuh daripada lawan 4 musuh serentak. Tak pening kepala, tak serabut.
Hutang ni selalunya masalah behavior (tingkah laku) dan mindset. Jadi, perbetulkan emosi, mindset dan reward diri korang dengan "Kemenangan Kecil" melalui Teknik Snowball.
Follow saya jika nak lagi topik tentang cukai, pelaburan, kewangan dan macam-macam lagi. kredit Faiz